Friday, January 8, 2010

MANGGIS DAN KHASIATNYA

Manggis atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali "raja segala buah".
Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih 100F, bijih benihnya mati pada suhu 45F. Sewaktu kita makan isi dan membuang kulitnya atas alasan rasanya yang pahit dan kelat, Orang Barat mengkaji buah ini dan mengkomesialkan untuk menjana pendapatan.SEBENARNYA khasiat buah manggis ini terletak pada kulitnya yang mengandungi banyak khasiat.

Khasiat Buah Manggis
Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit buah manggis mempunyai perwarna atau getah yang sukar hilang sekiranya terkena pada pakaian terutama baju.
Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana pada musim hujan menghasilkan cecair melekit kekuningan yang merupakan sejenis (gamboge).
Orang Cina menggunakan kulit pokok manggis sebagai sumber pewarna hittam dan turut digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Cara Makan Buah Manggis
Manggis dimakan dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis perlu dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Setelah kulitnya terbelah ia mudah dibuka untuk mengambil isinya.



DEWASA INI PRODUK-PRODUK BERASASKAN BUAH MANGGIS BEGITU LARIS DI PASARAN BUKAN SAHAJA UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN TETAPI MAMPU MEMBAWA PULANGAN YANG LUMAYAN